Berdagang dengan Leveraj

Anda boleh berdagang Forex dengan leveraj. Ini membolehkan anda mengambil kesempatan daripada pergerakan terkecil di pasaran. Apabila anda berdagang dengan FXCM, dagangan anda dilaksanakan dengan menggunakan wang yang dipinjam. Contohnya, leveraj 100: 1 membolehkan anda berdagang dengan $ 10,000 di pasaran dengan menetapkan hanya $ 100 sebagai deposit keselamatan.

Semua akaun baharu ditetapkan kepada lalai iaitu leveraj 400:1 di FX dan leveraj 200:1 di CFD. Akaun yang mempunyai dana melebihi 20,000 CCY akan dialihkan ke leveraj 100:1 di FX. Kemudian, leveraj pada akaun anda akan dilaraskan berdasarkan ekuiti dalam akaun anda. FXCM mempunyai hakmuktamad, dalam mengikut budi bicara tunggalnya, untuk mengubah tetapan leveraj anda.

Ekuiti1 Sehingga $20,000 $20,000 +
Leveraj FX sehingga 400:1 sehingga 100:1
Leveraj CFD sehingga 200:1 sehingga 200:1

1Ekuiti ialah baki akaun anda ditambah keuntungan / kehilangan terapung untuk posisi terbuka. FXCM memegang hak terakhir, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menukar leveraj anda.

Jika anda berdagang FX pada leveraj 200:1 dan ekuiti akaun anda di bawah 20,000 CCY, anda boleh memohon peningkatan leveraj. FXCM akan menyemaksemula setiap permohonan berasaskan kes demi kes dan mempunyai hak muktamad untuk menolak sebarang permohonan mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami. Ketahui Lebih Lanjut (Bahasa Inggeris Sahaja)

Lihat keperluan margin yang akan datang

Apakah Margin?

Margin boleh dianggap sebagai deposit niat baik yang diperlukan untuk mengekalkan posisi terbuka. Ini bukan yuran atau kos transaksi, ia hanyalah sebahagian dari ekuiti akaun anda yang diketepikan dan diperuntukkan sebagai deposit margin. Jumlah margin yang anda perlukan untuk setiap pasangan mata wang berbeza dari profil leverage yang disenaraikan di atas. Keperluan margin terkini dipaparkan di dalam "Trading Simple Rates" pada Stesen Dagangan dengan pasangan mata wang.

Video Dealing Rates Window (Versi English sahaja)

BILAKAH MARGIN DIPERBAHARUI?

Keperluan margin diperbarui setiap bulan pada hari Jumat yang terakhir. Berikut merupakan jadual perbaruan margin

Soalan Lazim Margin / Leverage