FXCM ialah pembekal terkemuka pelaburan pertukaran mata wang asing (FX), CFD, "spread betting" dan perkhidmatan berkaitan. Ditubuhkan pada tahun 1999, misi syarikat adalah menyediakan pelabur global akses ke pasaran terbesar dan paling cair di dunia dengan menawarkan peralatan pelaburan yang inovatif, mengupah pendidik pelaburan yang cemerlang, memenuhi standard kewangan ketat dan memberi pengalaman pelaburan yang terbaik di pasaran. Klien boleh melabur dengan telefon bimbit, pelaksanaan pesanan satu klik dan perdagangan dengan carta masa sebenar. Tambahan pula, FXCM menawarkan kursus pendidikan untuk pelaburan FX dan menyediakan peralatan pelaburan, data proprietari dan sumber premium. FXCM Pro menyediakan Broker runcit, "Hedge Funds" kecil, dan bank-bank pasaran membangun akses ke pelaksanaan borong dan kecairan, dan menyediakan akses frekuensi tinggi dan sederhana ke perkhidmatan "Prime Brokerage" melalui FXCM Prime. FXCM islah syarikat Leucadia.

Maksudnya menjadi Syarikat Leucadia

Maksudnya menjadi Syarikat Leucadia

Bermula pada Januari 2015, melalui satu siri transaksi, Leucadia Investments telah menjadi pemilik ekonomi majoriti FXCM. Leucadia Investments merupakan sebahagian daripada cabang perbankan saudagar bagi Kumpulan Kewangan Jefferies. FXCM telah dimanfaatkan oleh skala dan keluasan syarikat keluarga Jefferies. Mengikuti komitmen yang teguh kepada kejayaan FXCM, Pengarah Urusan Leucadia/Jefferies, Jimmy Hallac, ialah Pengerusi Kumpulan FXCM, manakala Rich Handler dan Brian Friedman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Jefferies masing-masing, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada Lembaga Pengarah FXCM. Pelanggan, pekerja dan pemegang saham kami telah dimanfaatkan oleh gabungan Leucadia/Jefferies.

Siapakah Leucadia? Saiz dan Kekuatan Kewangan

Siapakah Leucadia? Saiz dan Kekuatan Kewangan

Leucadia adalah nama bekas Jefferies Financial Group Inc. (NYSE: JEF) dan merupakan sebahagian daripada perniagaan perbankan saudagarnya. Jefferies beroperasi sebagai satu-satunya firma pelaburan perbankan global perkhidmatan penuh yang beribu pejabat di A.S., berserta perniagaan perbankan saudagar yang mantap dengan rekod prestasi yang terbukti. Jefferies terlibat dalam pelaburan perbankan, jualan dan pengurusan dagangan dan aset menerusi Jefferies Group LLC dan pelbagai perniagaan lain dalam portfolio perbankan saudagarnya.

Pergabungan FXCM dan Leucadia/Jefferies

Pergabungan FXCM dan Leucadia/Jefferies

Memberikan wawasan, kepakaran dan pelaksanaan kepada pelabur, syarikat dan entiti kerajaan, Jefferies membekalkan FXCM dengan perkhidmatan broker utama dan kecairan dalam perdagangan FX. Sementara Jefferies bersaing secara sama rata dengan semua pembekal kecairan FXCM, hubungan FXCM dan Jefferies ialah satu lagi cara hubungan Leucadia/Jefferies membantu FXCM untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan kami. Ketahui lebih lanjut

Anda keutamaan dalam apa yang kami buat

Anda keutamaan dalam apa yang kami buat

FXCM komited untuk membina broker yang lebih baik untuk pedagang kami, matlamat kami adalah untuk memberi anda pengalaman perdagangan yang terbaik. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian teknologi yang inovatif, harga berkualiti, dan pelaksanaan telus yang akan membantu pedagang-pedagang kami menavigasi dan memperdagangkan pasaran kewangan. FXCM juga menawarkan sokongan pelanggan yang berdedikasi, dengan pejabat global di London, New York, Hong Kong, Sydney, Berlin, dan banyak lagi.